Wednesday, January 25, 2017

Aku Pelajar Diploma Bangunan









Assalamulaikum, 

Admin nak kongsi sedikit mengenai program Diploma bangunan atau dalam bahasa inggerisnya Diploma in Building.


Errmmm 😯peliklah pulak bunyi program, mungkin ada yang sedang buat "research" mengenai program yang bakal diambil atau yang sudah dapat tawaran tapi dalam dilema sama ada nak terima tawaran atau tidak program ini. 



Tanda tanya yang sering bermain dalam fikiran ?
  • Program ini sebenarnya belajar mengenai apa?
  • Agak-agak program ini ada kaitan dengan minat aku ke?
  • pelik pulak program ini ? tak pernah dengar ? 
  • program ini sebenarnya kerjaya nak jadi apa ?
Inshallah admin akan cuba menjawab persoalan yang bermainan difikiran sebagai seorang pelajar yang pernah ambil program ini, dan setakat apa admin tahu, admin akan kongsikan agar pembaca dapat pencerahan yang lebih terang umpama matahari yang memancarkan sinaran mentari ~ aduh minta maaf terlebih hiperbola pulak.... heheheh



Pendahuluan ~ dah macam buat karangan pulak ? 




Bagi yang selalu tengok drama-drama melayu dekat TV3, mesti pernah tengok syarikat besar pembinaan. anak Dato' anak Tan Seri yang kacak segak, kaya berkawan atau bercinta dengan orang perempuan miskin cantik lepas itu kahwin. "at the end" hidup bahagia. hahahaha 
admin cerita sebab bidang ini ada kaitanlah dengan drama-drama fantasi itu. kalau nak tengok masa depan rajin-rajinlah tengok drama melayu.... hahaha nampak tak dekat situ terserlah yang admin layan jugak drama dekat TV3, admin layan sebab nak lihat masa depan..heheheh ~ perasan gila. 
Dekat situ dah boleh nampak apa yang admin cuba sampaikan mengenai program ini.
bukan senang nak jadi realiti tapi ianya tidak mustahil untuk dicapai kalau kita berusaha...betul tak?

Jom dengar sejarah sikit mengenai program diploma bangunan~ jangan tidur !!! sejarah memang tidak perna dari hidup kita..ceeeewaah
secara ringkas dulu nama diploma bangunan,orang panggil sebagai "Diploma in Building Economic" skop bidang nie amatlah luas merangkumi pelbagai aspek bidang pembinaan
setelah berapa lama kos nie beroperasi,pengasas program ini yg bernama prof....pensyarah #itm( institut teknologi mara sekarang #Uitm  ) eermm.....tak ingat pulak nama pensyarah hehehe bercadang untuk tukar nama dan penambahbaikkan kepada nama Diploma Bangunan, hal ini bertujuan untuk fokuskan skop bidang tertentu dan lebih mendalam kerana program ini sebelumnya skop agak luas.



program ini bawah Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur ( FSPU ),dari diploma bangunan nie dipecahkan kepada diploma ukur bahan dan diploma ukur bangunan,disebabkan beliau ingin fokuskan pada bahagian-bahagian tertentu untuk melahirkan graduan yg berkemahiran dan tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja. sebab itu cabang ilmu dipecahkan kepada dua program tersebut.

Skop bidang program ini tertumpu kepada kaedah pembinaan bangunan dan pengurusan bangunan     dari awal hingga akhir. dari sini kita akan belajar dengan lebih mendalam bagaimana bangunan     dibina kaedah-kaedah yang sesuai dan teknologi yang patut kita gunakan.

● Apa yang kita akan belajar ?



Subjek memang banyak sangat, setiap sem minimum - 6  maximum - 8 semua masuk "final exam".
paling sedih masa "final exam" kita balik paling akhir sekali. kos lain dah lepak dekat rumah kita duduk dalam bilik ulangkaji..sob... sob dugaan :(  

Subjek-subjek :
  1. Teori ~ kena banyak membaca, Faham, "imagine", "sketch"
  2. Praktikal ~ kena pergi tapak projek
  3. "Calculation" ~ "Engineering"
  4. Sains ~ fizik @ kimia
  5. Studio ~ melukis pelan bangunan
  6. Bengkel ~ kemahiran 
  7. Lab ~ material properties 


contoh hasil kerja studio pelajar :)




  • Building Construction/ Technology
subjek teras setiap semester kena ambil dan wajib lulus dan paling penting kena "score". subjek yang banyak membaca dan faham, melukis, dekat sini kita akan belajar dengan lebih mendalam mengenai elemen-elemen bangunan. macam mana nak " construct" apa kaedah yang sesuai digunakan untuk bina bangunan dan teknologi yang digunakan.
Subjek ini ada studio, siapa yang tak dapat jadi arkitek bolehlah berjinak-jinak dengan studio. belajar macam mana nak baca pelan bangunan, melukis pelan bangunan. 



  • Building science and engineering

subjek ada kaitan dengan fizik @ kimia @ engineering. 
belajar light, sound, heat, macam-macam lagilah yang berkaitan dengan bangunan. subjek paling seronok sebab banyak guna alat gadjet macam ahli forensik..heheheh macam paranormal ada juga..hahaha





  • Building Quantities.
subjek ini mengira juga. tapi mengira berdasarkan pelan bangunan. subjek ini sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar program ukur bahan. kira-kira jumlah bahan-bahan yang diperlukan untuk bina satu bangunan. selalu dengar tak projek harga berjuta 2.6 bilion. harga ini datang dari sinilah. ingat senang-senang main letak harga nilai projek.






  • Land surveyor





kalau tengok gambar dekat atas, benda itu akan diajar macam mana nak ukur tanah dan "leveling"

  • Structure analysis
Subjek ini sebiji dan sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar civil engineering. Fizik + "add math"
subjek paling admin suka sebab banyak mengira. rajin buat latihan inshallah A+ dalam tangan.





  • Final Year Project

Diakhir semester belajar macam mana nak buka syarikat sendiri, Bid tender, planner, dan site management. selalunya final year project, projek yang dibagi memang projek betul-betul bukan yang tipu. memang seronok penuh dengan pengalaman pahit dan duka semasa buat FYP ini. hehehehe 

*sebenarnya banyak lagi subjek , admin hanya terangkan subjek tertentu yang diajar secara ringkas, kalau nak terang semua, lebih baik admin buat buku hehehhe publish terus. 
  • Degree nak sambung bidang apa ?


  1. Bachelor of Science(Hons) Construction Management.
  2. Bachelor of Science(Hons) Construction Technology.  New Programme !!! 
  3. Seni Bina~ Arkitek
  4. Civil engineering
  5. Quantity Surveyor
  6. Building Surveyor

Untuk pengetahuan pembaca sekarang admin sedang melanjutkan pelajaran Bachelor of Science(hons) Construction Management 2 tahun di UiTM Shah Alam. bagi yang ingin menyambung pbelajar  ke degree dalam bidang yang sama, admin nasihatkan terus sambung program ini.

tapi kalau nak sambung degree dalam bidang no 2.- 6. pun boleh cuba tempoh belajar akan lebih panjang sikit mungkin 3 tahun atau 2 tahun setengah. 





  • Kerjaya ?


  1.  Construcion Project Manager*
  2.  Professional Contractor
  3.  Site supervisor
  4.  Building planner.
  5.  QS.
  6. Developer*
  7. Site Manager
*continue study degree in construction management


~tamat~ terima kasih sudi baca

feel free ask me question?