Wednesday, January 25, 2017

Aku Pelajar Diploma Bangunan









Assalamulaikum, 

Admin nak kongsi sedikit mengenai program Diploma bangunan atau dalam bahasa inggerisnya Diploma in Building.


Errmmm 😯peliklah pulak bunyi program, mungkin ada yang sedang buat "research" mengenai program yang bakal diambil atau yang sudah dapat tawaran tapi dalam dilema sama ada nak terima tawaran atau tidak program ini. 



Tanda tanya yang sering bermain dalam fikiran ?
  • Program ini sebenarnya belajar mengenai apa?
  • Agak-agak program ini ada kaitan dengan minat aku ke?
  • pelik pulak program ini ? tak pernah dengar ? 
  • program ini sebenarnya kerjaya nak jadi apa ?
Inshallah admin akan cuba menjawab persoalan yang bermainan difikiran sebagai seorang pelajar yang pernah ambil program ini, dan setakat apa admin tahu, admin akan kongsikan agar pembaca dapat pencerahan yang lebih terang umpama matahari yang memancarkan sinaran mentari ~ aduh minta maaf terlebih hiperbola pulak.... heheheh



Pendahuluan ~ dah macam buat karangan pulak ? 




Bagi yang selalu tengok drama-drama melayu dekat TV3, mesti pernah tengok syarikat besar pembinaan. anak Dato' anak Tan Seri yang kacak segak, kaya berkawan atau bercinta dengan orang perempuan miskin cantik lepas itu kahwin. "at the end" hidup bahagia. hahahaha 
admin cerita sebab bidang ini ada kaitanlah dengan drama-drama fantasi itu. kalau nak tengok masa depan rajin-rajinlah tengok drama melayu.... hahaha nampak tak dekat situ terserlah yang admin layan jugak drama dekat TV3, admin layan sebab nak lihat masa depan..heheheh ~ perasan gila. 
Dekat situ dah boleh nampak apa yang admin cuba sampaikan mengenai program ini.
bukan senang nak jadi realiti tapi ianya tidak mustahil untuk dicapai kalau kita berusaha...betul tak?

Jom dengar sejarah sikit mengenai program diploma bangunan~ jangan tidur !!! sejarah memang tidak perna dari hidup kita..ceeeewaah
secara ringkas dulu nama diploma bangunan,orang panggil sebagai "Diploma in Building Economic" skop bidang nie amatlah luas merangkumi pelbagai aspek bidang pembinaan
setelah berapa lama kos nie beroperasi,pengasas program ini yg bernama prof....pensyarah #itm( institut teknologi mara sekarang #Uitm  ) eermm.....tak ingat pulak nama pensyarah hehehe bercadang untuk tukar nama dan penambahbaikkan kepada nama Diploma Bangunan, hal ini bertujuan untuk fokuskan skop bidang tertentu dan lebih mendalam kerana program ini sebelumnya skop agak luas.



program ini bawah Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur ( FSPU ),dari diploma bangunan nie dipecahkan kepada diploma ukur bahan dan diploma ukur bangunan,disebabkan beliau ingin fokuskan pada bahagian-bahagian tertentu untuk melahirkan graduan yg berkemahiran dan tertumpu kepada sesuatu aspek sahaja. sebab itu cabang ilmu dipecahkan kepada dua program tersebut.

Skop bidang program ini tertumpu kepada kaedah pembinaan bangunan dan pengurusan bangunan     dari awal hingga akhir. dari sini kita akan belajar dengan lebih mendalam bagaimana bangunan     dibina kaedah-kaedah yang sesuai dan teknologi yang patut kita gunakan.

● Apa yang kita akan belajar ?



Subjek memang banyak sangat, setiap sem minimum - 6  maximum - 8 semua masuk "final exam".
paling sedih masa "final exam" kita balik paling akhir sekali. kos lain dah lepak dekat rumah kita duduk dalam bilik ulangkaji..sob... sob dugaan :(  

Subjek-subjek :
  1. Teori ~ kena banyak membaca, Faham, "imagine", "sketch"
  2. Praktikal ~ kena pergi tapak projek
  3. "Calculation" ~ "Engineering"
  4. Sains ~ fizik @ kimia
  5. Studio ~ melukis pelan bangunan
  6. Bengkel ~ kemahiran 
  7. Lab ~ material properties 


contoh hasil kerja studio pelajar :)




  • Building Construction/ Technology
subjek teras setiap semester kena ambil dan wajib lulus dan paling penting kena "score". subjek yang banyak membaca dan faham, melukis, dekat sini kita akan belajar dengan lebih mendalam mengenai elemen-elemen bangunan. macam mana nak " construct" apa kaedah yang sesuai digunakan untuk bina bangunan dan teknologi yang digunakan.
Subjek ini ada studio, siapa yang tak dapat jadi arkitek bolehlah berjinak-jinak dengan studio. belajar macam mana nak baca pelan bangunan, melukis pelan bangunan. 



  • Building science and engineering

subjek ada kaitan dengan fizik @ kimia @ engineering. 
belajar light, sound, heat, macam-macam lagilah yang berkaitan dengan bangunan. subjek paling seronok sebab banyak guna alat gadjet macam ahli forensik..heheheh macam paranormal ada juga..hahaha





  • Building Quantities.
subjek ini mengira juga. tapi mengira berdasarkan pelan bangunan. subjek ini sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar program ukur bahan. kira-kira jumlah bahan-bahan yang diperlukan untuk bina satu bangunan. selalu dengar tak projek harga berjuta 2.6 bilion. harga ini datang dari sinilah. ingat senang-senang main letak harga nilai projek.






  • Land surveyor





kalau tengok gambar dekat atas, benda itu akan diajar macam mana nak ukur tanah dan "leveling"

  • Structure analysis
Subjek ini sebiji dan sama dengan subjek yang diambil oleh pelajar civil engineering. Fizik + "add math"
subjek paling admin suka sebab banyak mengira. rajin buat latihan inshallah A+ dalam tangan.





  • Final Year Project

Diakhir semester belajar macam mana nak buka syarikat sendiri, Bid tender, planner, dan site management. selalunya final year project, projek yang dibagi memang projek betul-betul bukan yang tipu. memang seronok penuh dengan pengalaman pahit dan duka semasa buat FYP ini. hehehehe 

*sebenarnya banyak lagi subjek , admin hanya terangkan subjek tertentu yang diajar secara ringkas, kalau nak terang semua, lebih baik admin buat buku hehehhe publish terus. 
  • Degree nak sambung bidang apa ?


  1. Bachelor of Science(Hons) Construction Management.
  2. Bachelor of Science(Hons) Construction Technology.  New Programme !!! 
  3. Seni Bina~ Arkitek
  4. Civil engineering
  5. Quantity Surveyor
  6. Building Surveyor

Untuk pengetahuan pembaca sekarang admin sedang melanjutkan pelajaran Bachelor of Science(hons) Construction Management 2 tahun di UiTM Shah Alam. bagi yang ingin menyambung pbelajar  ke degree dalam bidang yang sama, admin nasihatkan terus sambung program ini.

tapi kalau nak sambung degree dalam bidang no 2.- 6. pun boleh cuba tempoh belajar akan lebih panjang sikit mungkin 3 tahun atau 2 tahun setengah. 





  • Kerjaya ?


  1.  Construcion Project Manager*
  2.  Professional Contractor
  3.  Site supervisor
  4.  Building planner.
  5.  QS.
  6. Developer*
  7. Site Manager
*continue study degree in construction management


~tamat~ terima kasih sudi baca

feel free ask me question?







255 comments:

  1. if math C and addmath F. admin rasa boleh proceed tak dalam bidang ni? kalau ikut minat memang minat dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena try tengok system syarat kelayakan uitm. masuk result SPM dalam system nanti dia akan keluarkan program yang layak untuk diambil. http://www.selangkah.uitm.edu.my/

      Delete
  2. sy dapat bidang ni lahh.... tapi aku no take suka mengira a. k. a benci mats... mcm mna tuhh?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam itu program ini tak sesuai. Sebab program ini banyak subjek mengira takut tak dpt bawak.tapi kalau rajin n fokus inshallah boleh. Kena tanya diri mampu ke tak nak bawak programme ini.

      Delete
  3. pencerahan yang sangat bermanafaat..anak saya mendapat tawaran diplopma ukur bangunan di uitm sri iskandar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah saya ucapkan...program anak puan dapat diploma ukur bangunan dengan diploma bangunan program yang berbeza. Diploma ukur bangunan skop pembelajaran lebih tertumpu kepada maintenance dan inspection bangunan.

      Delete
    2. Assalam. Anak sy perempuan. Betul ke cara pembelajarannya anak kena belajar bancuh simen..susun bata..ukur tanah?

      Delete
  4. Min, saya ditawarkan bidang ni sedangkan saya tidak mengambil addmath, fizik dan kimia. apa pendapat min dan nasihat yang min boleh bagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah boleh..cuma kena usaha lebih berbanding pelajar yang dah ada basic add math dan fizik.kalau asas matematik ok inshallah boleh bawak.

      Delete
  5. Assalamualaikum. Macam mana nak contact secara langsung ya.. Admin ada instagram .. Email atau fb untuk di hubungi. Saya ada a lot to ask. Or whatsapp no if u dont mind.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FB Messenger, search mohammad ikmar firdaus johari

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Diploma bagunan ni berapa sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 tahun, 6 semester , sem 5 praktikal, sem 6 final year project FYP

      Delete
  8. Diploma bagunan ni berapa sem?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.sebab ada member dia tak ambil addmath tapi matematik dia strong boleh survive ambil program ini.

      Delete
  10. assalamualaikum. saya ada basic addmths dan saya dapat A dalam maths. susah untuk mereka yang nak survive courses ni bagi mereka yang tak ambik sub fizik?

    ReplyDelete
  11. Inshallah boleh...fizik tak belajar banyak sangat sikit.

    ReplyDelete
  12. Assalam saya dpt kos bangunan. Saya nk tnya, kos ni perlukan teknik imagine yg banyak ka? Sbb subject lukisan kejuruteraan saya ambik di skolah, bab imagine mmf saya fail skit. Boleh bg pencerahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup memang kena banyak imagine sebab soalan final exam kena banyak sketch.

      Delete
  13. Salam.. saya dapat tawaran diploma bangunan ni, saya masih dalam keraguan sebab minat ke arah senibina..tapi, ada blog yang saya baca, kalau nak sambung senibina time degree pun boleh.. tapi ada juga yang kata tak boleh.. mana satu ya sebenarnya? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...lepas habis diploma apply seni bina direct terus sem 3. Ramai juga lepas diploma building masuk seni bina.

      Delete
  14. Boleh....nanti habis diploma bangunan terus apply degree architecture..terus lompat sem 3. Ramai diploma bangunan sambung seni bina. Jangan risau.

    ReplyDelete
  15. Admin sy confius sama ada diploma bangunan atau diploma teknologi kejuruteraan bangunan

    ReplyDelete
  16. Admin sy confius sama ada diploma bangunan atau diploma teknologi kejuruteraan bangunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Diploma teknologi kejuteraan more to engineering plus robotic kalau tak silap admin

      Delete
    3. Admin saya dah jadi pelajar AP116 di uitm si

      Delete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Aliran sastera boleh ambik diploma nie jgk ke

    ReplyDelete
  19. Saya dpt kos ni tapi saya x amik LK n fizik mase skolah.. math A addmath lulus. Rase2 boleh bwk ke ??

    ReplyDelete
  20. Wau Nice entry,saya dulu pun student Diploma Bangunan. Tp semasa dpt tawaran ada la search2 nk tahu apa mksud, tp x bnyk sgt org explain nie.even dh tamat still juga cuba cari2. X sngka tertemu entry bru nie.😊👍. Tu la bnyk lagi sun dlm dip bangunan mcm Building services Engineering,Contracts Administration, Building Law,Site Management,dan building economic.Semua tu berkaitan semasa part 6.kecuali yg building services tu.

    ReplyDelete
  21. thanks..kongsi ilmu setakat apa yang mampu :)

    ReplyDelete
  22. Kerjaya dalam bidang ni meluas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada construction inshallah peluang kerja tu luas

      Delete
  23. Such a good information...tq...utk pengetahuan admin..saya pon ambek diploma in building jgak😁

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. kau degree in bs belaja benda yg sama tak? saya mohon qs tapi dapat bs. ragu2 sikit :(

    ReplyDelete
  26. Salam, saya nk tanya, saya dpt kos dip bldg surveyin uitm, bila dh hbis dip nnti bolehkah saya sambung ke deg. Civil eng.?

    ReplyDelete
  27. hi, saya dpt bidang ni. saya nak tanya, dip. bangunan selalu pakai autocad ke ? and saya dah terbeli laptop yg processor dia AMD A4 with graphic card AMD RADEON R3,so okay ke for this course ? saya risau laptop saya berat ke apa bila dah belajar nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshallah boleh..... ada belajar autocad tapi tak banyak

      Delete
  28. if anyone nak tengok lebih lanjut apa yang budak diploma building buat di kampus boleh follow @buildtechcrew dekat ig. thx!

    ReplyDelete
  29. Nak tanya,course ni ad guna software tk untuk yg ambil diploma in building?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ada sekarang silibus banyak dah tukar. tak tahu sangat perkembangan terkini. :)

      Delete
  30. apa beza antara dip bangunan dgn dip ukur bangunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma ukur bangunan belajar lebih fokus pada speksifikasi dan kualiti bangunan. UBBL <---- boleh google.

      Delete
  31. peluang pekerjaan luas tak kalau ambik dip. bangunan ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi ada construction dekat malaysia inshallah pekerjaan itu mesti ada.

      Delete
  32. Admin... Abg saya suh saya amik ni... Dlm sistem pon diploma ni saya layak amik walaupun tk amik fizik and addmath... Rasanya boleh ka... Abg saya ckp belajar ni nanti kerja gaji masyuk

    ReplyDelete
  33. ramai juga member2 admin yang tak ambil addmath dengan fizik boleh survive. bab gaji masyuk bergantung pada rezeki masing2 tapi bidang ini kalau pengalaman banyak gaji boeh demand tinggi.

    ReplyDelete
  34. nk tnye kalu bakat melukis tu takde boleh survive tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh....programme tak banyak sangat melukis. kalau programme arkitek bakat melukis memang perlu.

      Delete
  35. saya dapat fakulti senibina perancangan dan ukur so nak tanya lah apa yang encik tahu tentang benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawah fakulti ini ada 10 programme salah satunya diploma bangunan

      Delete
  36. dalam course ni kite mmg dr awal ken pandai melukis ke? Ataupun kita akan belajr secara mendalam bile sambung dalam course ni nnt?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup....nanti dia akan ajar melukis dari basic lagi. jangan risau

      Delete
  37. Saya lemah addmath, boleh truskan tak dgan bidang ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Addmath dalam kos ini belajar basic sahaja. tak mendalam sangat.

      Delete
    2. Saya memang minat bhagian lukisan kejuruteraan and tak ada masalah tntang imaginasi lukisan, tapi bahagian kira2 agak lemah, should i go on with thid course ?

      Delete
  38. Saya nak tanya sikit. Baru2 ni saya dapat offer untuk study in this course. Result saya untuk LKTK dan Maths dah memuaskan cuma babagian Addmaths dan Imaginasi ni saya lemah sangat. Awak rasa kalau saya terima tawaran tu, saya boleh ke buat dengan baik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi kena usaha lebih..kalau dah memang minat dalam bidang ini inshallah boleh buat dengan baik.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  39. Admin, kalau degree boleh sambung uni lain tak? Atau kena stay uitm eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh....tapi tempoh belajar degree dekat U lain akan lebih panjang berbanding kalau kita sambung degree dekat uitm

      Delete
  40. Apa beza diploma bangunan dan diploma seni bina?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma seni bina train jadi draftman

      diploma bangunan train jadi kontraktor profesional

      Delete
  41. Apa beza diploma bangunan dan diploma seni bina?

    ReplyDelete
  42. Mohon kepastian benar kah dio bangunan blh sambung degree senibina sbb bila senak kelayakan dip hiasan dalaman sj ada tercatat. Mohon bantuan pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma dalam bidang berkaitan...... arkitek dalam fakulti yang sama dengan diploma bangunan di uitm. tidak jadi masalah diploma bangunan nak masuk arkitek asalkan lepas interview dan ujian melukis. admin punya member sedang belajar degree arkitek sekarang.

      Delete
  43. sy nak tanya . whats the different between dip bangunan and ukur bangunan ? is it subjek yg sama yg akan kita belajar or lain ? fz and addmath ? . can you explain it more detail . sbb takut ad mistunderstand psl these two course . thankyou

    ReplyDelete
    Replies
    1. diploma bangunan train student dgn ilmu asas kontraktor dan menjadi pengurus project.....kalau diploma ukur bangunan belajar lebih mendalam tentang defect and inspection tentang bangunan, tu setakat yang admin tahu.

      Delete
  44. Admin,saya xde anbik subjek lukisan kejuruteraan..boleh go on tak dgn course ni??Sbb sy kelas pure science

    ReplyDelete
    Replies
    1. course ini tidak ada kaitan sangat dengan lukisan kejuteraan...ramai member admin tak ambil LKJ boleh bawak. jangan risau.

      Delete
    2. Hai , awak dpt mana . Saya spm 2017 , and for ths year dpt kos ni

      Delete
    3. Eh smela..msti classmate nnt

      Delete
  45. Admin, fizik sya c dan addmath sya plak e. Rasenye sya boleh go on x dgn bdang ukur bangunan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin tak boleh nak nak bagi pendapat...sebab benda atas diri masing2...kalau rajin inshallah boleh go on.

      Delete
  46. Hello Admin,.. Background sy ada Bach in Archi dah kerja 4 tahun, Mmg dah lama la grad (2011).. haha, tpi sy rasa nak venture into building surveying sebab sy tgk role dia lebih specific. Check balik dekat website UitM pakai SPM dpt green tick. Sy xd addmaths and fizik, time bljr archi dulu ada la nampak fizik tu sikit tpi addmaths xda.. just rasa suspense sikit subject ni.. sy planning nak advance career into Building Technology etc. Apa advice nak tanya admin, sekira nak buat postgrad dlm bidang ni..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf admin tak pasti tentang ini....better minta nasihat dari orang yang pakar... boleh pergi ke pusat penyelidikan pascasiswazah FSPU Uitm Shah Alam.

      Delete
  47. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  48. Salam admin,kalau kita nak tukar kos ukur bangunan kepada diploma bangunan boleh ke tak? Ataupun tukar kos dari ukur bangunan terus kepa senibina? Mohon bantu admin terima kasih

    ReplyDelete
  49. nak tukar kos agak susah sikit, banyak procedure, peluang nak dapat dalam 10%. kena ada alasan yang kukuh. kalau nak tukar kena berurusan dengan main office fakulti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yaa, kalau sya nk smbung ijazah dlm construction management(sambungan diploma bangunan?) kalau sya ade diploma ukur bgunan boleh tak?

      Delete
  50. Salam tuan, saya ingin tuan jelaskan tentang apa yg tuan tulis tengtang kos yg buleh dsmbng semasa degree tu.adakah jika kita mempunyai diploma in building kita akan dapat smbung dlm kos senibina-arkitek? Terima kasih

    ReplyDelete
  51. Salam tuan, saya ingin tuan jelaskan tentang apa yg tuan tulis tengtang kos yg buleh dsmbng semasa degree tu.adakah jika kita mempunyai diploma in building kita akan dapat smbung dlm kos senibina-arkitek? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sambung degree arkitek, asalkan ikut syarat yang telah ditetapkan lulus ujian dan temuduga.

      Delete
  52. Admin,kos ni perlu beli apa2 alatan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nanti pensyarah akan senaraikan barang dan alatan

      Delete
  53. Salam...sye nk tnye..klau course ni..Ada kne beli alatan2 dia X? Klau ada...bleh X bgtau brg apa?..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pensyarah akan bagi senarai barang yg patut dibeli

      Delete
  54. admin kalau ambil diploma bangunan ni nanti boleh sambung electrical engineering ke ?

    ReplyDelete
  55. Nak tanya, kalau degree building surveying dekat mana ye? Shah alam or seri iskandar?

    ReplyDelete
  56. diploma in building ni hampir sama ke dgn building services engineering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir sama, mungkin scope building services lebih mendalam utk kos building services engineering.

      Delete
  57. Assalamualaikum admin, mcm mana klau dengan degree teknologi dengan pendidikn (binaan bangunan) banyak tak kaitannya?

    ReplyDelete
  58. saya pelajar vokasional mempunyai kelayakkan diploma pembinaan admin rasa apa kelayakan saya selepas ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://kaunselorpendidikan.wordpress.com/2017/11/29/291/

      Delete
  59. untuk masuk diploma bangunan ada temuduga tak admin?

    ReplyDelete
  60. assalam,min ade mention kat atas yg course ni ade byk subject,maknanya mahal ke kos untk bayaran nk amik diploma bangunan ni?

    ReplyDelete
  61. Assalam, min.. Kalau spm bi dpt D.. Tapi math A dan add math c.. Boleh ke masuk course ni?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. try check kelayakan https://selangkah.uitm.edu.my/

      Delete
  62. course ni agak susah tk min...maksud berusaha tu sampai kena betul betul struggle ke cmna

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jawab soalan ini.... yang pasti memang kena struggle juga. :)

      Delete
  63. Kalau rabun warna boleh ke masuk course ni?

    ReplyDelete
  64. Cuba admin bagi pendapat diploma bangunan @diploma ukur bangunan @diploma ukur bahan yg lagi bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pendapat admin semua program ada kelebihan masing. admin tak boleh nak judge program mana lebih bagus. ikut minat masing. try buat research untuk program lain.

      Delete
  65. assalamualaikum admin. course ni perlu belajar chemistry ke?

    ReplyDelete
  66. hai admin ,course ni perempuan sesuai tak masuk?
    kena banyak berkomunikasi ke?
    kalau lemah english boleh bawak tak? :)

    ReplyDelete
  67. Salam admin, kalau tak keberatan boleh terangkan serba sikit bab Sarjana Muda Ukur Bangunan ?

    ReplyDelete
  68. try search blog lain...admin rasa ramai yang tulis mengenai program nie. sorry admin kurang mahir nak terangkan program ini takut ada salah.

    ReplyDelete
  69. Min nk tanya melalu fb?...dh search mohammad ikmar firdaus johari ..xdak huhu

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. Hai encik ikmar. Nak tanya sikit berkenaan degree nak sambung apa selepas tamat dilpoma bangunan.. Berapa ramai je yg ambil seni bina waktu degree? dan architecture jenis apa, bachelor in architecture, bachelor science in architecture ataupun bachelor science (architectural studies)? maaf ya panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tanya berapa ramai itu admin tidak pasti....tapi yang penting ada yang ambil seni bina masa degree "Bachelor of Science (Architecture)" mostly dekat UiTM juga.

      Delete
    2. Ohh and terima kasih respon.. Nak tanya siki lagi, lepas mereka habis degree ( yg ambil architecture) ada yg sambung master ke atau bekerja guna sijil degree?

      Delete
    3. dua2...ada yang kerja dan ada sambung master.

      Delete
  72. Kalau ambil course ni boleh sambung degree architecture tak?

    ReplyDelete
  73. kalau tak pandai sketch camne eh>?

    ReplyDelete
  74. admin saya nk tanya saya dapat program ni,tapi saya xde basic addmath,fizik,and kimia,math pon dapat C+ agaknye saya boleh bawak tak? tapi saya memang tekad untuk belajar betulbetul cuma tula takut so mcam mane pendapat admin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshAllah boleh ramai jer kawan admin tak de basic addmath or dari aliran sains boleh survive.

      Delete
  75. Nak tnyaa saya dpt kos diploma ukur bngunan tpi.. saya tak ambik fizik.. addmth ambik tpi fail. Mcm mne ye? Sesuai ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. calcualtion tak banyak sangat. kalau dah amik addmath tu kira dah ada basic. tiada masalah.

      Delete
  76. Min..saya dpt bidg ni...sesuai ke saya sebgai perempuan untuk ceburi bidang ni walaupun saya dulu bersekolah di sekolah teknikal dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kemampuan diri. kalau suka kerja outdoor. so bidang nie sesuai. kalau suka kerja duduk office bidang nie tak sesuai. sebab kerjaya bidang banyak dekat construction site

      Delete
    2. Kita geng juga… hai
      Ukur bangunan juga

      Delete
  77. Assalam admin, nak tanya beljar guna bahasa melayu ke bahasa inggeris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. silibus and note semua dalam bahasa inggeris. exam dalam bahasa inggeris. lecture campur.

      Delete
  78. Admin. Kira2 yang kena belajar nanti susah macam addmath ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak juga. senang jer. tahu guna formula senang jer nak jawab.

      Delete
  79. Tempoh pengajian untuk diploma bangunan ni berapa tahun

    ReplyDelete
  80. Tempoh pengajian untuk diploma bangunan ni berapa tahun

    ReplyDelete
  81. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  82. salam admin,kalau ambil course ni jadi pelukis pelan boleh ke? :D hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti. kalau mahir guna autocad boleh sahaja jadi pelukis pelan

      Delete
  83. Salam admin, bi saya dapat c+ saja, agak agak boleh survive tak hmm saya takut

    ReplyDelete
  84. Hello admin,math sya C, soo dapatkah sya survive dlm course ni?

    ReplyDelete
  85. Peralatan apa yang perlu beli sebelum masuk belajar ye? Lepastu laptop perlu ke tak untuk diploma bangunan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. laptop perlu....kalau ada alatan lukisan kejuteraan boleh bawak

      Delete
  86. Admin klau diploma in building serveyor, boleh ke degree nnti nak sambung antara salah satu 6 yg admin list kan tu? Klau degree nnti saya nk sambung architecture boleh ke?

    ReplyDelete
  87. sesiapa ade dpt kos dip bangunan uitm seri iskandar intake 21/7 ni ?¿

    ReplyDelete
  88. Aslm admin...sy dpt A- math dn fizik c cumenya addmath xberapa nk cantek..hritu apply upu sy letak dip bangunan ni pilihan ke 3..jdi rayuan Kali..sy ltk diploma bangunan sebagai pilihan no 1...rsenya sy ad lgi xpeluang until join course ni..or should I apply for ipts?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy xdpt upu hritu maybe sbb tersilap letak diploma sains no 1

      Delete
    2. saya dpt dip bangunan walaupun addmath saya g ... so saya rasa awak punya upu lepas ni mesti dpt kos ni

      Delete
    3. Awk intake Thun ni ke?insyaallah..result rayuan 26/6..doakan sy boss :)

      Delete
  89. Hello… sape yg amik course ukur bangunan di uitm???

    ReplyDelete
  90. Tgh final ni haa sekarang......��

    ReplyDelete
  91. nak tanya kos ni kene pakai drawing board ke? kalau pakai saiz a3 or a2..

    ReplyDelete
  92. Hi banyak guna duit tak kos ni? Even after sambung degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan...sebab banyak pergi tapak pembinaan buat kajian untuk assignment

      Delete
  93. admin boleh cadangkan tk degree yang mana byk peluang pekerjaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua degree yang admin cadangankan... peluang pekerjaan banyak sebab scope bidang sama jer pusing2 situ juga.

      Delete
  94. Dip bangunan dan Dip perkhidmatan bangunan ni sama ke bezbeza ye admin ?

    ReplyDelete
  95. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  96. Assalam. Dip bangunan ni mmg wajib ada laptop ke? Laptop @ notebook lbh sesuai? Kena cari spec yg cmne

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib..senang buat assignment. spec kurang pasti yang penting booleh support software autocad, mircrosoft project, kira ok lah

      Delete
  97. As salam saya dapat bachelor of science construction kerjaya dalam bidang ni meluas tak bila saya dh hbis belajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. meluas... ramai student habis belajar terus dapat kerja..jangan risau yang penting kena cari...market tinggi.

      Delete
    2. Ohh tkasih.biasanya pluang kerja sebagai apa ya?

      Delete
    3. as long as dalam bidang construction...semua boleh masuk macam2 position dalam bidang construction.

      Delete
  98. Assalam ....sy nak tanya apa syarat kalau nak sambung dari diploma in building ke degree architecture? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rujuk dekat http://quansheng.org/ziliao/02.choosing%20page/02.ziliao/13.gedazhuanruxuezige/data/data/0809/diploma/uitm_ef.pdf

      Delete
    2. Even yg lompat course pon syarat nye ttp sama ke?

      Delete
    3. syarat lain sikit...kalau nak lebih penjelasan kena call department arkitek.

      Delete
  99. Assalam ....sy nak tanya apa syarat kalau nak sambung dari diploma in building ke degree architecture? Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  100. boleh tak saya nak tanya..bidang diploma bangunan nih boleh buat pjj tak..?sbb sy sekarang work as army and cuba nk futher my studies yg tak hbis dahulu..

    ReplyDelete