Tuesday, May 16, 2017

DiplomaKu ~ part 1

Kali ini admin nak cerita sedikit kehidupan seorang pelajar diploma, tidak kiralah dekat universiti mana-mana dengan malaysia admin rasa lebih kurang sama sahaja. tapi apa yang admin tulis ini secara terperinci kehidupan dekat UiTM PERAK, Ya !!! tempat admin menuntut ilmu dan menghabiskan 3 tahun untuk habiskan diploma. pelbagai pengalaman duka,suka,kecewa,pahit,masam,manis.....aduhh dah macam cerita masakan pulak.

Image result for friend giving adviceCabaran untuk habiskan diploma memang penuh mencabar tambah lagi kita kena hadap dengan pelbagai  jenis dan peragai manusia dipelosok negeri di Malaysia. oleh itu kesabaran amat-amat penting dalam menuntut ilmu, jangan mudah putus asa. kadang-kadang 3 tahun boleh dikatakan bukan semua yang masuk diploma akan tamatkan pengajian, senang cerita quit dalam pertengahan perjalanan dan tumpas. sedih........ :( jangan terkejut admin katakan ada pelajar diploma yang lagi satu semester nak habis boleh quit. :(

tujuan dekat sini bukanlah nak mempengaruhi pelajar-pelajar lepasan SPM untuk pilih laluan diploma sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran. keputusan di tangan masing2 untuk pilih halatuju, diharapkan post ini dapat menolong adik untuk membuat penilaian dan keputusan sama ada nak pilih laluan diploma, matrix, asasi atau A-level. setiap laluan ada kelebihan dan kekurangan, ianya bergantung sama ada adik-adik dapat menempuh dugaan yang dihidangkan semasa melanjutkan pengajian nanti. oleh itu amatlah penting bagi pelajar mengenal diri masing2 terutamanya apa minat dan cara belajar. 

kalau ragu2 lagi pergi tengok result SPM perhatikan setiap subjek dan grade lepas itu imbas balik semasa adik-adik belajar setiap subjek itu dalam kelas sama ada adik-adik dapat faham subjek dengan mudah atau perlukan masa untuk memahami atau lansung tak faham.
adik-adik kena tahu dekat universiti apa yang kita belajar berdasarkan minat kita pada sesuatu subjek atau bidang sebagai contoh kalau masa SPM matematik lemah, jadi admin tidak galakan ambil diploma yang ada berkaitan dengan matematik seperti bidang engineering dan sains. 


Sebagai biro kerjaya dan kauseling dekat Uitm dan Pemimpin minggu destinasi siswa (PMDS) hal ewal pelajar uitm admin memang banyak kenal dan bercampur pelbagai jenis pelajar pelbagai peringkat umur, bergaul dengan bermacam2 kelompok mahasiswa di universiti. admin juga selalu mendengar masalah dari junior-junior dan rakan sebaya yang datang personal dekat bilik menceritakan masalah mereka dari segi akademik, masalah berkumpulan, keluarga dan tidak lupa juga bertindak sebagai dr cinta...hahahaha yang ini admin tak tahu pulak bila masa dapat gelaran ini.

Image result for bad girl



~admin tak percaya drama2 melayu yang langgar perempuan semasa berjalan lepas itu nota2 semua terabur,rasanya bukan kertas yang terabur tapi alat makeup hahaaha


Image result for advicealhamdulilah mungkin ini anugerah dan bakat yang Allah berikan sebab admin pandai beri nasihat dan kata-kata motivasi dan mudah mesra dan masuk dengan semua orang. secara tidak langsung dapat memberikan nasihat pada diri sendiri serta dapat mematangkan diri sendiri.

walaupun kadang-kadang diri sendiripun ada masalah. " jangan lari dari masalah sebab masalah perlu diselesaikan dengan bijak"

kita tak perlu untuk jadi ustaz atau pakar motivasi untuk memberi nasihat atau motivasi  cukuplah sekadar ikhlas dalam hati untuk membantu orang lain, walaupun diri ini penuh dengan dosa.
"cakap biar serba bikin ma"


Image result for giving advice





Dekat universiti kalau kita termakan dengan kata-kata orang sekeliling yang cuba untuk jatuhkan kita, maka kita akan tumpas. benda yang yang perlu ditanam dalam diri sendiri iaitu 
"pedulikan apa orang lain cakap tentang diri kita, kalau rasa tindakan kita betul, maka teruskan"

buktikan yang kita boleh berjaya, kena ingat bila kita jatuh amat jarang kawan untuk bangunkan kita, musuh ada dimana2 tanpa kita sedar, walaupun kita tidak buat apa2, percayalah kita memang ditadirkan sebagai musuh oleh orang2.






First marilah kita kenal jenis pelajar yang pilih diploma sebagai pilihan.

KELOMPOK A = PELAJAR YANG CEMERLANG SEMASA SPM 

“DAPAT MATRIK ATAU ASASI TAPI PILIH DIPLOMA.”


Ciri-ciri kelompok A



  • Cemerlang dalam pelajaran nilai CGPA 3.0 keatas dan aktif melibatkan diri dalam setiap aktiviti Universiti (pernah dapat dekan tapi bukan setiap semesterlah).

          tapi ada juga yang jenis belajar sahaja tapi join aktiviti kurang (dekan setiap semester).


  • Minat dalam program yang dipilih atau ada juga yang kurang minat dalam program yang dipilih tapi mampu bawak program diploma yang diambil.
  • Tahu jenis proses pembelajaran yang sesuai untuk diri sendiri dan mempunyai matlamat hidup yang jelas iaitu tahu lepas diploma nak buat apa kerja ke sambung degree.



KELOMPOK B= PELAJAR STPM ATAU MATRIK YANG AMBIL DIPLOMA 

"SEBAB TAK DAPAT BAWAK PEMBELAJARAN SEMASA STPM DAN MATRIK"


Ciri-ciri kelompok B



  • Pelajar kelompok B ini umur dah tua berbanding pelajar diploma semasa atau mungkin sebaya
  • memang cemerlang dalam akademik, dan belajar dari kesilapan masa STPM dan MATRIK
  • Mature, dan kalau dalam kerja-kerja group assignment jenis yang buat kerja perfect ada yang juga yang sebaliknya   ↦.ragam manusia memang susah nak faham.
  • jenis humble, malu masuk diploma sebab quit STPM atau MATRIK.


KELOMPOK C = PELAJAR DAPAT DIPLOMA MEMENUHI MINIMUM SYARAT2 PROGRAM DAN MINAT DENGAN PROGRAM DIAMBIL. KURANG CEMERLANG SEMASA SPM

Ciri-Ciri Kelompok C


  •  Sama dengan kelompok A.
  • Jenis kelompok ini admin sangat respect sebab success dalam akademik sebab minat dengan program yang diambil. lagi satu mereka nak tebus balik kesilapan masa SPM.


KELOMPOK D = PELAJAR DAPAT DIPLOMA  MEMENUHI SYARAT2 PROGRAM DAN  JUGA JENIS TIDAK MINAT PROGRAM YANG DIAMBIL.   "try and error"

Ciri-ciri kelompok D



  •  Kurang Cemerlang dalam pelajaran CGPA selalu bawah 3.0
  • Jenis belajar janji lulus. …dan extend satu semester sebab fail subjek
  • Tidak ada matlamat hidup…always enjoy  "Culture Shock".
  • Mudah terpengaruhi dengan rakan2……setiap minggu keluar  tengok wayang, boling, kaki game.
  • ada juga yang cemerlang selalunya jenis study last minit ikut nasib. 
 Sekarang kelompok mana satu nak pilih, nilailah diri sendiri.




No comments:

Post a Comment